eMadani Wallet
5 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 04 Disember 2023, staff PEDi Kota Pekan telah membantu komuniti setempat untuk menebus voucher eMadani yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebanyak RM100. Voucher ini ditebus menggunakan aplikasi Touch n Go (eWallet). Kebanyakan komuniti di Kota Pekan kurang arif menggunakan aplikasi eWallet seperti Touch n Go. Staff PEDi telah membantu mendaftarkan akaun dan menebus voucher eMadani dan mengajar cara menggunakan eWallet di kedai-kedai yang terpilih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: